Wednesday, January 18, 2017

Peribahasa Scanner

Peribahasa Scanner


Alhamdulillah… Apps yang kedua saya bangunkan berkaitan dengan Peribahasa Melayu hasil daripada eksperimen untuk projek Sarjana yang sedang saya usahakan di Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.

Terdapat hampir 4,000 kemasukan peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah. Pendekatan yang digunakan dalam applikasi ini merupakan “pattern matching”. Tidaklah saya ingin menerangkan bagaimana proses pembangunan enjin carian peribahasa ini, itu akan diterangkan dalm tesis saya nanti.

Laman ini cuma menceritakan bagaimana menggunakan applikasi ringkas ini.

1. Pemasangan applikasi: hanya untuk telefon pintar Android. (versi lain spt iOS, Symbian, Windows Phone belum dapat dibangunkan lagi, versi web boleh didapati di http://khirulnizam.com).

Alamat applikasi pada Google Play - http://bit.ly/pbahasa . Sila gunakan Play Store dalam telefon Android anda. Atau gunakan pengimbas kod palang (barcode scanner ) untuk mengimbas kod di bawah.

peribahasa-google-play-200qrcode-peribahasa-scanner

2. Fungsi pertama: Carian peribahasa.

Carian peribahasa meliputi input peribahasa secara terus, ataupun kemasukan input dalam bentuk ayat/perenggan. Applikasi akan mengesan kehadiran peribahasa dalam teks input. Kemudian peribahasa yang dikesan akan dipaparkan maksudnya.

peribahasa-scanner-

3. Fungsi pertama: Cadang peribahasa.

Pengguna perlu memasukkan satu atau beberapa perkataan, apps akan mencadangkan peribahasa yang sesuai berdasarkan kata kunci yang dibekalkan.

cadangan-peribahasa-skrin3

Harap applikasi ini bermanfaat untuk anda. Pastinya apps ini masih terdapat banyak kelemahan, sekiranya terdapat komen atau cadangan membina, sila salurkan ke http://fb.com/KerulNet .


Go to link Download